Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Tampin merupakan nama tempat dan juga daerah di Negeri Sembilan. Tampin diperintah oleh Tengku Besar Tampin bermula dengan Syed Shaaban bin Syed Ibrahim Al-Qadri pada tahun 1832. Pemerintah yang terakhir adalah Syed Idrus bin Syed Muhammad sejak tahun 1944.

Asal-usul nama Tampin adalah daripada bekas makanan Tampin yang diperbuat daripada daun mengkuang. Makanan yang biasanya diisi di dalam bekas tersebut adalah dodol.

Pada zaman dahulu, Tampin adalah pusat perdagangan dan perniagaan antara penduduk dari kawasan Rembau dan Gemencheh dengan penduduk dari Alor Gajah. Daerah Tampin terbahagi kepada 7 mukim dengan keluasan keseluruhan adalah 87,868.82 hektar.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Jom Sertai Digi Academy: Digital Literacy Programme

Berita Terkini | Ogos - November 2018


Kepada peserta yang berminat untuk menyertai bengkel ini, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus Pusat Internet yang terpilih.

DIGI ACADEMY - TRAINING 3D PRINTER

Aktiviti Terkini | 20 Oktober 2018

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang penggunaan 3D printer kepada petugas pusat internet yang telah terlibat dalam program Digi Academy...baca selanjutnya

ARDUINO TALK DI SMK DATO TAHA

Aktiviti Terkini | 13 September 2018

Program ini telah berkongsi ilmu kepada para pelajar dan sekali gus dapat memperkembangkan ilmu teknologi tentang Arduino kepada pelajar-pelajar di SMK Dato' Taha...baca selanjutnya

DIGI ACADEMY - ARDUINO

Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2018

Aktiviti ini bertujuan untuk memperkembangkan ilmu teknologi dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara staf PI1M dengan komuniti setempat...baca selanjutnya

‘HOMEWORK BY USING MICROSOFT POWER POINT’

Aktiviti Terkini | 27 Julai 2018

Aktiviti ini dapat memperkembangkan ilmu teknologi, mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara staf PI1M dengan komuniti setempat dan mencungkil bakat dan idea secara kreatif dan inovatif...baca selanjutnya

CARA PENGGUNAAN MICROSOFT POWERPOINT

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2018

Aktiviti ini dapat memperkembangkan ilmu teknologi, mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara staf PI1M dengan komuniti setempat dan mencungkil bakat dan idea secara kreatif dan inovatif...baca selanjutnya

KAD UCAPAN SEMPENA ‘MOTHER’S DAY’

Aktiviti Terkini | 06 Mei 2018

Aktiviti ini dapat mencungkil bakat dan idea secara kreatif dan inovatif ahli PI1M disamping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara staf PI1M dengan komuniti setempat...baca selanjutnya

BUSINESS ONLINE MARKETING BERSAMA ENCIK IZZY HAMDAN

Aktiviti Terkini | 01 April 2018

Aktiviti ini dapat memperkembangkan ilmu online marketing dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara staf PI1M dengan komuniti setempat sekaligus dapat mempromosikan PI1M kepada masyarakat setempat...baca selanjutnya

EDUCATION GAMES

Aktiviti Terkini | 18 Mac 2018

Aktiviti ini dapat memperkembangkan kemajuan teknologi dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara staf PI1M dengan komuniti setempat...baca selanjutnya

PROGRAM KENALI DIRI

Aktiviti Terkini | 23 Februari 2018

Program ini bertujuan untuk memperkembangkan kemajuan teknologi, mengasah bakat dan seni komuniti setempat, mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara staf PI1M dengan komuniti setempat dan mempromosikan PI1M kepada masyarakat setempat...baca selanjutnya

PROGRAM SMART KEYBOARD

Aktiviti Terkini | 26 Januari 2018

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang pendidikan komputer dan memperkembangkan kemajuan teknologi...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti